BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
There was an error in this gadget

Tuesday, June 29, 2010

Cha Tae Hyun - Goodbye Bridge

Friday, March 19, 2010

NOKTAH CINTA....???

Ternyata semua bicaraku
Tersimpan di dalam hatiku
Ternyata semua soalanku
Tak pernah kau fikir di fikiran

Ternyata kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Tuhan tolong nyatakanlah
Padanya tentang cinta
Adakah masih diriku di perlukan

Tuhan tunjukkan padanya
Tentang apa yang ku fikirkan
Adakah cinta ini
Perlu untuk dirinya

Berbicara tentang cinta kita
Masih tiada noktah penghujungnya
Berbicara tentang perasaan
Simpan saja semua itu

Mengapa kau masih
Mencari kepastian dalam cinta
Dan disini masih
Menanti jawapannya

Sunday, March 7, 2010

LOVE...CINTA..PYARR..!!!!



Love, Pyarr, Amor, Cinta... maksudnya sama sahaja tetapi berbeza dari segi bahasa. Cinta bknnya sesuatu benda, tetapi ianya satu anugerah yg Tuhan berikan kepada kita manusia dan juga makhluk-makluknya yg lain. Bagaimana kita mengungkaikan perkataan Cinta itu? Itu yg menjadi persoalan kepada setiap manusia. Ramai antara kita masih tidak sedar akn pengertian tentang CINTA itu sendiri dan ramai juga telah menyalah anggap CINTA itu sendiri. CINTA hadir dlm diri kita tanpa di sedari dan kita juga tidak meminta tp cinta hadir dari hati yg benar-benar ikhlas dan tulus suci. Ramai yg mempertikaikan tentang cinta, mereka berkata seolah-olah cinta itu adalah jahat, sesuatu perkara yg durjana dan boleh merosakkan minda kita. Tapi itu bukan caranya untuk kita mempertikaikan apa yg di beri oleh Tuhan kepada kita. Cinta tidak bersalah, yang bersalah adalah individu yang mengadaptasikan istilah Cinta itu sendiri. Bagaimana ianya di bawa, dan bagaimana ianya ditafsirkan.

Aku mengarang coretan ini adalah kerana pada suatu ketika sedang aku duduk sendirian, terlintas difikiran aku tentang cinta. Mungkin akn ada org di luar sana sependapat denganku dan juga tidak. Bgku ianya hanya sebuah pendapat. Yg baik pun aku terima dan buruk juga pun aku terima. Cinta adalah suatu perkara yg indah berlaku pada setiap manusia. itu tidak dpt dinafikannya lagi. Ianya lahir dari hati setelah kita menyukai seseorg. Bgku, Cinta itu suci, jgn menyalahkan Cinta jikalau sesebuah perhubungan itu terputus di tengah jalan. Kita patut menilai kelemahan diri sendiri sebelum menilai diri orang lain. Cinta dan Jodoh itu adalah dua perkara yg berkait rapat. Bila ada Cinta, Jodoh bakal menyusuli. Tetapi, hanya lama atau sekejap saja cinta itu sementara Jodoh hanya ditentukan oleh Tuhan.

Mengapa aku begitu sukar untuk mendapat cinta yg sejati? Kerna aku selalu ditipu dengan wang ringgit. Tapi aku masih sehingga sekarang tidak putus asa mencari cinta sejati. Apa yg xkena dgan aku? Aku pon sendiri xphm. Aku hanya inginkan sebuah peluang untuk menyayangi seseorang. Aku xpernah berlaku curang, tp mengapa ini semua terjadi padaku? Semua manusia mengharapkan kisah Cinta mereka seperti Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet. Cinta kekal abadilaa katakan. Tetapi hakikatnya ianya hanyalah sebuah cerita fantasi semata-mata.

Bagiku, aku masih kini mencari cintaku. bagaimana ianya hadir atau dijumpai sehingga kini aku masih tidak mengetahui. Adakalanya aku merasakan kosong di dalam hatiku ini kerna tanpa Cinta. Aku berasa sunyi, tiada teman yg sudi meneman. Aku juga mahu dikasihi, dan disayangi seperti org lain. Aku mula berkenalan, tp tiada apa-apa yg berlaku sehingga kini. Aku buntu..... Sehingga aku merasakan aku sudah give-up nak mencari2 lg. Apa yang harus aku lakukan sekarang?......

Friday, February 26, 2010

Touching Video...Donate For Haiti...!!!


SPECIAL VIDEO FOR HAITI

Thursday, February 25, 2010

Tidak Puas.....Hati...!!!

Perkahwinan itu adalah satu perkara sgat yg diidam2kan oleh semua org dlm dunia ini, di mana pada hari tersebut dua hati yg selama ini berasingan bakal di satukan dlm sebuah majlis yg penuh gilang gemilang bak org tua2 berkata bagaikan Raja sehari (yela, sehari jer laa mcm Raja, lepas tuh kne cuci periuk belanga kat blakang umah laa jwbnyer). Tp, bukan niat dihati aku ingin merosakkan institusi perkahwinan yg dianggap suci bg semua org. Perkahwinan jga di mana adik beradik, saudara mara, dan rakan2 seperjuangan tidak kira dari kecil hingga laa dewasa untuk berkumpul meraikan hari yg cukup bahagia itu bersama2 dan bukan semata-mata mahukan makanan free dan boleyh di tambah dgn sesuka hati. Aku mengarang post ini bukan untuk aku beritahu bahawa aku yg nk kawin, tp ada kisah yg agak menyedihkan berlaku terhadap aku beberapa minggu lalu dan aku tidak sangka aku sendiri boleyh di lupakan dgan begitu sahaja. Aku kalo boleyh xmaulaa memperbesarkan perkara ini, tp aku xtahu dimana lg aku boleyh luahkan melainkan di blog aku sendiri. Jadi, kisahnya bermula apabila aku melihat di facebook member baik aku. Aku melihat kelibat seorang member aku yg dlm diam2 rupa-rupanya sudah pun bernikah tanpa dlm pengetahuan aku, tp kwn2 yg lain suma tahu. even member baik aku ini pon yg sedang belayar tu pon taw, tp aku xthu menahu apa2 langsung. Sedih lg mereka bersanding di Safira Country Club dan ianya terletak hanya kira2 xsampai 3 minit kalo naik kereta dari rumah aku. Yang lagi menyedihkan, aku dpt tahu dia dh kawin agak2 minggu lepas padahal majlis dia dlm bulan Januari. itu pon aku tergerak hati ntuk melihat di halaman Facebook member baik aku. dan lalu melihat di Facebooknya juga. Aku melihat kelibat rakan2 aku yg lain sedang bergembira meraikan perkahwinannya tp aku xdpt. Bukan niat aku nk tulis post ini ntuk menjatuhkan sesiapa, tp pada sesiapaponlaa kan kalo sekiranya perkara ini terjadi pada kamu semua, lebih2 lg member kenal dari sekolah rendah lg sehinggala sekarang, tidak di panggil untuk dtg ke hari yg dianggap bahagia. Aku xtahu apa salah aku, di mana silap aku. Lgpun xluak laa nasi kenduri tuh pon, At least invited pon dh besar rahmat bg aku sebab ada kwn yg sudi menjemput aku. wal hal, rumah aku pon dia taw, bknnyer dier xtahu.Semalam, sorang lg member aku call, tanya pasal mende yg sama, aku pon luahkan dekat dier, dier pon xsangka aku xdijemput, dia mati2 ingat aku di jemput. Kemudian, dtg mg pg td berbunyi "anda di jemput dtg ke majlis perkahwinan sye di Tmn Tun Dr. Ismail", WHAT THE HACK? Kenduri yg dekat pon xpanggil pastu suruh aku p kenduri yg BAPAK JAUH TUH. yg kenduri dlu tuh, alasannyer xjemput aku sebab dia xder number aku, padahal member2 lain ada jer number aku, asal xmintak? Pelik2, tp nnk wat mcm manerkan, perkara dh pon berlaku, aku hanya boleyh coretkan disini sahaja, harap pada satu hari nanti DIA SENDIRI AKN BACA BLOG AKU INI...DAN SEGERA MINTAK MAAF PADAKU.......!!!!!!!


View Larger Map



JAUHKER DARI RUMAH AKU?

Tuesday, February 23, 2010

WELCOME

Selamat datang ke blog saye yg xsebeberapa ini.
Moga2 kalian dpt terus menjadi follower sayer dan saye akn sentiasa update blog ini.
Terima kasih teramat sangat kepada sesiapa yg sudi menjenguk2 di blog ini.
Harap kalian suma berpuas hati walaupun blog ini masih baru.
Komen2 dari kalian amat saya harapkan supaya dpt menjadi blogger yg bagus, INSYAALLAH....

synchanz

synchanz