BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 7, 2010

LOVE...CINTA..PYARR..!!!!



Love, Pyarr, Amor, Cinta... maksudnya sama sahaja tetapi berbeza dari segi bahasa. Cinta bknnya sesuatu benda, tetapi ianya satu anugerah yg Tuhan berikan kepada kita manusia dan juga makhluk-makluknya yg lain. Bagaimana kita mengungkaikan perkataan Cinta itu? Itu yg menjadi persoalan kepada setiap manusia. Ramai antara kita masih tidak sedar akn pengertian tentang CINTA itu sendiri dan ramai juga telah menyalah anggap CINTA itu sendiri. CINTA hadir dlm diri kita tanpa di sedari dan kita juga tidak meminta tp cinta hadir dari hati yg benar-benar ikhlas dan tulus suci. Ramai yg mempertikaikan tentang cinta, mereka berkata seolah-olah cinta itu adalah jahat, sesuatu perkara yg durjana dan boleh merosakkan minda kita. Tapi itu bukan caranya untuk kita mempertikaikan apa yg di beri oleh Tuhan kepada kita. Cinta tidak bersalah, yang bersalah adalah individu yang mengadaptasikan istilah Cinta itu sendiri. Bagaimana ianya di bawa, dan bagaimana ianya ditafsirkan.

Aku mengarang coretan ini adalah kerana pada suatu ketika sedang aku duduk sendirian, terlintas difikiran aku tentang cinta. Mungkin akn ada org di luar sana sependapat denganku dan juga tidak. Bgku ianya hanya sebuah pendapat. Yg baik pun aku terima dan buruk juga pun aku terima. Cinta adalah suatu perkara yg indah berlaku pada setiap manusia. itu tidak dpt dinafikannya lagi. Ianya lahir dari hati setelah kita menyukai seseorg. Bgku, Cinta itu suci, jgn menyalahkan Cinta jikalau sesebuah perhubungan itu terputus di tengah jalan. Kita patut menilai kelemahan diri sendiri sebelum menilai diri orang lain. Cinta dan Jodoh itu adalah dua perkara yg berkait rapat. Bila ada Cinta, Jodoh bakal menyusuli. Tetapi, hanya lama atau sekejap saja cinta itu sementara Jodoh hanya ditentukan oleh Tuhan.

Mengapa aku begitu sukar untuk mendapat cinta yg sejati? Kerna aku selalu ditipu dengan wang ringgit. Tapi aku masih sehingga sekarang tidak putus asa mencari cinta sejati. Apa yg xkena dgan aku? Aku pon sendiri xphm. Aku hanya inginkan sebuah peluang untuk menyayangi seseorang. Aku xpernah berlaku curang, tp mengapa ini semua terjadi padaku? Semua manusia mengharapkan kisah Cinta mereka seperti Laila dan Majnun, Romeo dan Juliet. Cinta kekal abadilaa katakan. Tetapi hakikatnya ianya hanyalah sebuah cerita fantasi semata-mata.

Bagiku, aku masih kini mencari cintaku. bagaimana ianya hadir atau dijumpai sehingga kini aku masih tidak mengetahui. Adakalanya aku merasakan kosong di dalam hatiku ini kerna tanpa Cinta. Aku berasa sunyi, tiada teman yg sudi meneman. Aku juga mahu dikasihi, dan disayangi seperti org lain. Aku mula berkenalan, tp tiada apa-apa yg berlaku sehingga kini. Aku buntu..... Sehingga aku merasakan aku sudah give-up nak mencari2 lg. Apa yang harus aku lakukan sekarang?......

0 comments: